Thinkademia ialah sebuah entiti yang dimiliki sepenuhnya oleh Think Academy Hub (No. Pendaftaran: 202503018564 [IP0604566-X]). Ditubuhkan pada tahun 2025, Thinkademia komited dalam menyediakan perkhidmatan profesional yang merangkumi penganjuran bengkel, kelas, seminar, penerbitan akademik, serta kursus dalam pelbagai bidang, sama ada secara bersemuka mahupun dalam talian melalui platform webinar. Berteraskan nilai kecemerlangan ilmu dan pembangunan kemahiran, Thinkademia menawarkan penyelesaian yang komprehensif, inovatif dan fleksibel, disesuaikan bagi memenuhi keperluan individu dan organisasi dari pelbagai latar belakang.
Sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR), Thinkademia turut menyediakan slot perkongsian ilmu secara percuma kepada masyarakat umum, sebagai usaha memperkasakan budaya ilmu dan memupuk minat terhadap pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan rakyat Malaysia.